Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 1

Kedengaran burung galak brkicauan dipagi hari yg dingin selepas usai menunaikan solat subuh . Shazani Hanani . Nama gadis manis yg brtudung dan teguh imannya. "Nani! Mari makan sarapan sayang," kedengaran suara ibunya dari bawah . Lantas dia mencapai beg sekolahnya dan bergegas ke ruang makan . "Selamat pagi ibu , ayah,"sapanya lembut kpada kedua orang tuanya sambil tersenyum manis  meja kepada mereka menunggu dirinya dimeja makan. Dia meletakkan beg dan duduk diatas kerusi meja makan .

Selesai menghabiskan sarapannya , dia keluar dan memakai stokin serta kasut sekolahnya. Tidak terlupa oleh dia untuk menyalam kedua tangan orang tuanya . Lantas, dia mengayuh basikal ke sekolah.

                                                          *****************************

Shazani sampai disekolah tepat pukul 7 pagi . dia memakirkan basikalnya di garaj yang disediakan dan segera masuk ke kelasnya . "Hai Nani,"sapa rakan baiknya, Sarafina yang lgi mesra dengan panggilan Fina. "Hai, baru sampai?"
"
Dah sampai lama dah. Cma tunggu kau Nani."
Shazani diam dan terus mengeluarkn buku teks lalu membacanya. Dia melihat kawan baiknya sedang membaca novel terbitan Siti Rosmizah, Andai Itu Takdir-Nya. Kebisingan didalam kelas sedikit mengganggu fokusnya ketika menelaah semuala pelajarannya . Tiba Cikgu Maizatul memasuki kelas. "Bangun semua, selamat pagi cikgu!"Ucap Shafiq , ketua kelas tingkatan 2Arif.
"
Selamat pagi cikgu!"ucap semua anak muridnya.
"
Selamt pagi, duduk," Sahutnya.
"
Terima Kasih Cikgu !"
Maka , pelajaran di sekolah pun brmula .

                                                     ****************************

Loceng berbunyi menandakan tibanya waktu untuk semua warga sekolah untuk pulang ke rumah . Shazani bergegas ke garaj untuk mengambil basikalnya untuk pulang. Ketika sampai dibasikalnya, dia trlihat satu nota yg trtampal di rangka basikalnya. 'nanti petang pukul 5 kita belajar sama-sama di tepi sawah tau yg dekat rumah awak . Daripada: Jefri'
Dia tersenyum lalu melipat dan memasukkan nota itu kedalam poket baju kurung sekolahnya.

Sampainya dirumah, dia terus masuk kebilik air untuk mandi dan terus mengambil air wuduk untuk sembahyang zohor . Usai solat, dia kedapur untuk membantu ibunya menyediakan makan tengahari. "Macam mana sekolah hari ini Nani ?"ibunya bertanya. "Macam biasalah ibu,"jawabnya ringkas. Ibu hanya membalas dengan senyuman manis mendengar jawapanku. Selepas selesai memasak, dia menolong ibunya menghidangkannya. Shazani tidak bersama ayah,ibu serta adik beradiknya yg laen kerna die ada banyak kerja sekolah yg msih belum disiapkan. Kedengaran bunyi azan asar berkumandang. 'Ya Allah, cepatnya waktu' desis hati kecilnya lalu terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menuanaikan solat asar brjemaah brsma keluarganya. Dia masuk kedalam biliknya untuk menukar baju dan menyarungkan tudung dikepalanya. Disapukan sedikit bedak dimukanya agar kelihatan kemas. Lalu keluar dan brjalan kaki ke sawah yg ada meja ditepinya . Dia nampak Jefri sedang menunggunya di sana .

Bersambung di bab yg ke-2.

No comments:

Post a Comment