Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 11

Keesokan paginya, Shazani bangun untuk menunaikan solat subuh. Dilihatnya Zahirul sedang terpisat-pisat bangun dari tidur.

'
Hmmphh! Pandai-pandailah dia hidup sendiri. Dasar perogol.'marah Shazani didalam hatinya.

Setelah selesai mengambil wuduk, dia bertembung dengan Zahirul di luar tandas.

"
Sayang ni, bangun bukannya nak kejutkan abang. Dahlah semalam biarkan abang tidur kat luar sorang-sorang. Tak kesian kat abang ke?"ujar Zahirul

Shazani hanya memasamkan muka dan berlalu pergi. Jauh disudut hatinya, dia berasa kesian pula mendengar Zahirul berkata-kata sebegitu.

 *********************************************************************************

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Shazani ke dapur untuk membuat sarapan pagi untuk dirinya dan bbukan dengan Zahirul.

'
Biarlah mamat tuh makan dekat luar. Diakan kaya.'desis hatinya.

Selesai, dia terus makan dengan segera dan terus mengambil beg dan buku-bukunya. Tanpa disedari, Zahirul keluar dari bilik dengan memakai baju yang menyerlahkan lagi imej kelelakiannya.

"
Ayang tak nak bautkan abang sarapan ke?"tanya Zahirul. Dia hairan kerana tiada makanan di atas meja.

"
Kau buatlah sendiri. Kalau kau malas, kau start kereta, and then terus gi kedai mana-mana untuk makan. Aku penat nak masak kat kau. Eh, dahlah, aku nak pergi kolej ni. Nanti lambat pulak kalau aku tunggu kau masak."balas Shazani sambil mempeli Zahirul.

Kesabaran Zahirul sudah semakin dipuncaknya, namun disabarkan hatinya demi untuk mengambil ahti Shazani yang masih marahkan dirinya.

Shazani yang ingin keluar telah ditarik semula oleh Zahirul.

"
Awak, awak, awak sedarlah siikit yang awak tu, dah jadi isteri saya yang sah. So, tak boleh ke awak akur dengan arahan saya? Susah sangat ke? Atau awak nak saya ajar lagi sekali?"ujar Zahirul dengan lembut bercampur dengan ugutan.

Shazani tersentak apabila mendengar ayat yang diucapakn oleh Zahirul.

"Kita
pergi kolej sama-sama ye awak?"pelawa Zahirul sambil mencapai begnya.

"
Tak payah nak tunjuk baiklah sial! Aku tak suka kau, dan selama-lamanya aku tak akan suka!"tengking Shazani sambil terus berlalu pergi.

Zahirul terkebil-kebil dihadapan pintu. 'Sial? Itukah aku pada dia selama ini?'desis hatinya.

***********************************************************************************

Bersambung di bab12.

No comments:

Post a Comment