Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 6

Hari ini Shazani keluar untuk mencari kerja. Dia ingin berdikari , memiliki dan membelanjai wang yang diusahakan sendiri, selama ini dia selalu berharap kepada bapanya utk menghantar wang belanja atau meminjam dari Miasarah. Dia nekad untuk membayar kembali duit yang diberi oleh ayahnya dan juga Mia. Sedang dia mencari kerja dibandar Kuala Lumpur yang sibuk itu, tiba-tiba dia terlanggar seorang.
"
Woi! Kau ni kenapa? Dah tak de mata ke hah ?"tengking lelaki itu dengan bengis kerana semua fail ditangannya telah berselerak diatas tanah.
"
Minta maaf encik. Saya tak sengaja."balas Shazani lembut dangan bercampur perasaan bersalah kerana dia juga mungkin telah melambatkan perjalanan lelaki itu ke pejabatnya.
"
Tunggu, awak ni Shazani Hanani kan?"tanya lelaki itu seperti ingin tahu."
"
Ya, saya Shazani. Kenapa encik?"balasnya Shazani. Hairan, bagaimana lelaki yang tidak pernah dijumpai dan dikenali olehnya boleh kenal dan tahu namanya?
Membuntang mata lelaki itu apabila mendengar pengakuan Shazani. Lelaki itu mengukir senyuman yang amat manis.
"
Ya Allah, tak sangka, kecilnya dunia ini. Saya Jefri lah Shazani. Masih kenal?"tanyanya dengan nada suara yang seronok dan rindu.
'
Jefri?! Ya Allah ! Kenapa dia begitu tampan dan bergaya sedangkan dia meninggalkan rumahnya semasa tingkatan 2? Macam mana dia menyara hidupnya di bandar raya yang sibuk dan mewah ini.'mindanya bertanya soalan yang bertalu-talu bagai machine gun kepada hatinya. Mengapa dia merasa debaran yang sama seperti 10 tahun yang lalu?
"
Awak? Kenapa ni ? Knapa diam je?"tanya Jefri bingung sambil menggoncangkan bahu jasad yang memakai baju kurung berwarna hitam dan bercorak abstrak itu.
Jefri? Mana awak pergi selama ni? Macam mana awak boleh sara hidup awak sorang-sorang dekat bandar ini? Awak tahu tak yang mak dan ayah awak rindukan awak sangat-sangat dikampung?"tanya Shazani kepada Jefri laju bagai machine gun. Air mata Shazani gugur. Dia segera mengesat air matanya dengan lengan bajunya. Soalan yang terakhir itu bagai menikam Jefri. 'Mak dan ayah masih sayangkan aku?'tanya hatinya.
"
Macam ini lah Nani, jom kita pergi dekat tempat lain. Nanti saya bagitahu semuanya tentang apa yang berlaku kat saya selama 10 tahun yang lalu."balas lelaki itu. Tenang.
"
Saya ok je tapi kerja awak?"tanya Shazani. Takut juga dia kalau hanya disebabkan dirinyalelaki itu hilang kerjanya.
"Oh,
kalau pasal kerja saya tak perlu risau .Saya akan telefon dia dan cakap saya perlukan emegency off."balas Jefri lantas terus mengeluarkan handphona Apple 4Snya yang baru dibeli 2 hari lepas. Selesai bercakap ditelefon, dia mengajak Shazani ke keretanya. Lalu mereka pun pergi ke destinasi yang hendak dituju.

                                                                  *********************

Jefri memakir keretanya dibawah sebatang pohon bunga yang redup yang tidak dikenali namanya oleh Shazani. Lalu mereka pun berjalan menuju ke tasik dan duduk dibangku yang berhadapan dengan tasik. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup kearah Shazani membuatkan dia berasa tenang.
"
Awak betul-betul nak tahu pasal saya?"Jefri memulakan bicara.
"
Ya. Ceritakanlah segala-galanya. Saya akan menjadi pendengar setia walaupun akan mengambil masa selama 24 jam."usik Shazani sambil menguntumkan senyuman manis.
"
Okaylah. Sebenarnya, saya ni telah diambil menjadi anak angkat kepada sepasang suami isteri yang digelar dato' dan datin. Nama ayah angkat saya Dato' Amirul manakala nama mak angkat saya Datin Maizani. Mereka bahagia selepas mengambil saya sebagai anak angkat. Tetapi, sebelum saya diambil menjadi anak angkat mereka, banyak perkara berlaku..."kata-kata Jefri tersangkut. Seperti ada benda yang menyekat kata-katanya.
"
Tak apa, teruskan."Shazani memberi semangat kepada Jefri.
"
Semasa hari bapa Sarafina datang uuntuk melepas amarahnya kepada saya kerana telah membuntingkan anaknya, saya lari masuk ke hutan dibelakang rumah saya. Disana saya dapat terus jalan ke jalan keluar kampung. Nasib baik masa itu saya bawa sedikit wang simpanan masa di sekolah menengah. Saya telah mengambil teksi untuk ke Kuala Lumpur. Dari situlah saya bekerja seperti mencuci kereta dan juga kerja-kerja sampingan lain. Selepas itu, semasa saya sedang berjalan untuk mencari kerja yang lumayan, saya terlintas satu pusat untuk anak-anak yatim. Saya terus masuk kesitu dan tinggal disitu selama 1 tahun. Dan pada tanggal 12/01/2004, pasangan itu datang untuk mengambil anak angkat. Saya bertuah kerana mendapat mak dan ayah angkat sekaya dan semewah mereka."terang jejaka itu panjang lebar. Shazani hanya mengangguk tanda faham.
"
Jadi awak ni membesar dibawah duit dan tanggungngan merekalah?"tanya Shazani
"
Ya. Sepenuhnya. Awak, saya rasa kita patut baliklah. Lagipun dah nak maghrib ni. Mari, saya hantarkan." Pelawa Jefri. Dia menerima pelawaan itu. Setelah dia tiba dirumah, Dia masuk ke bilik air untuk mandi dan terus mengambil wuduk untuk solat. Selepas itu dia baring diatas katilnya dan memikirkan pasal Jefri sampai tertidur ..

Keesokan hari.......

Bersambung di bab 7.

No comments:

Post a Comment