Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 13

Usai solat jemaah bersama, mereka bersiap untuk keluar makan malam. Zahirul berasa teramat berpuas hati kerana usahanya sedikit demi sedikit berjaya.

"
Lepas sayang dah siap nanti turun bawah ya? Abang tunggu dalam kereta." ujar Zahirul sambil melangkah keluar.

Shazani hanya mengangguk tanda faham. Dia mengambil telefonnya dan terus mendail nombor Jefri.

"Hello,
assalammualaikum Nani. Kenapa tak masuk kerja part time?" tanya Jefri.

"
Waalaikummussalam. Sorry, tapi saya rasa saya tak jadilah nak kerja kat tempat awak. Saya busy sangat. Lagipun..."

"
Lagipun ape Nani?"pintas Jefri.

"
Emm, tak de apa-apa. Okay, dah, bye. Saya dah nekad tak jadi nak kerja." balas Shazani lalu terus meletakkan telefon dan terus bergegas keluar turun ke bawah Dia nampak Zahirul yang sedang tersenyum memerhatikan dirinya. Hati Shazani tiba-tiba berdegup dengan dengan kencang. Dia terasa tenang melihat raut wajah Zahirul itu. Dia melupakan perasaannya dan terus masuk kedalam perut kereta.

Setibanya di Restoran...

Shazani melangkah keluar kereta. Keadaan malam yang dingin menenangkan dirinya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Langit malam yang seperti tidak kelihatan bintangnya.

Zahirul yang ternampak muka Shazani yang tenang itu terus tersenyum.

'
Cantiknya dia.' kata Zahirul dalam hati.

Shazani yang akhirnya sedar Zahirul tersenyum sedang memerhatikan dirinya tersentak.

'
Hensemnya dia. Menawannya dia.'desis hatinya.

"Eh,
dahlah, jom masuk, makan." ujar Zahirul.

Shazani hanya diam dan membontoti Zahirul. Mereka duduk di meja yang berdekatan dengan pemandangan laut. Shazani terpesona dengan pemandangan yang indah itu.

"
Ayang, okay tak duduk kat sini? Atau nak pindah ke meja lain?" tanya Zahirul.

"Okay je."
balas Shazani.

"
Owh, okay. Ayang nak makan apa? Abang pergi order." pelawa Zahirul.

"
Kau pesan jelah apa-apa yang sedap kat sini. Aku bukannya tau apa yang sedap kat tempat ni." balas Shazani.

Zahirul bingkas bangun dan terus memesan makanan. Ikan siakap tiga rasa, udang bakar, kerang rebus, nasi kosong, air asam serta air laici menjadi pilihan.

"
Ayang suka pemandangannya? Nak tangkap gambar tak?" tanya sambil Zahirul sambil mengeluarkan handphone Samsung Galaxy SIII nya.

"
Boleh juga. Gambar kita berdua?" tanya Shazani.

"Yes.
Sudi tak?" balas Zahirul.

"Okay.
Lepas makan." balas Shazani pendek.

******************************
Selepas Makan*************************************

Mereka beredar ke pantai. Zahirul meminta seorang menangkap gambar mereka berdua. Zahirul melingkari tangannya di pinggang Shazani sambil mengukir senyuman. Jantung Shazani berdegup kencang dengan perlakuan Zahirul.

"Bang,
cantik gambar ni. Baru kahwin ke?" tanya lelaki yang menangkap gambar tadi.

"
Ha'ah. baru kahwin. Thanks tolong tangkapkan." balas Zahirul.

Selepas mengambil angin di pantai, mereka melangkh menuju ke kereta. Mereka masuk kedalam perut kereta.

"
Kenapa kau tiba-tiba je pegang aku? Tak izinkan pun." mula Shazani.

"
Kenapa? Kan abang suami ayang. So, dah halal kan? Janganlah tanya soalan yang tak berasas mulai hari ini okay?" balas Zahirul tegas sambil memandu kereta. Kejantanannya tergugat dengan soalan Shazani. Dia ingin membuat Shazani diam, tergamam. Ternyata ia berjaya.

************************************************************************************

No comments:

Post a Comment