Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 9

Malam itu Shazani tidak senang duduk. Kejap ke sana, kejap ke sini. Hatinya bertanya, 'kenapa aku terima risikan mamat tak guna yang telah merampas maruah aku yang aku simpan rapi selama ini?'
Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba ada bunyi ketukan pada pintu.
"
Nani sayang, keluarlah, Zahirul kat luar mahu jumpa Nani."panggil ibunya dari luar.
'
Apa? Zahirul kat luar? Gila ke ape dia tu.'desis hati Shazani.
"
Yelah ibu, nanti Nani keluar. Kejap ya"sahut Shazani.
"
Cepat sikit, jangan biar dia tunggu lama-lama."balas ibunya.
'
Peduli apa aku kat mamat sial tuh.'marah hatinya kepada Zahirul.

Dia cepat-cepat mengelap air matanya. Dia tidak mahu ibunya tahu yang dia sedang menangis. Dia membuka pintu biliknya dan terus ke pintu rumah. Dia dapat melihat seorang lelaki sedang duduk di bawah pondok kecil yang dibina oleh ayahnya. Dia segera ke situ.

"
Kau nak ape datang tengah-tengah malam buta nie hah?!"tengking Shazani.

"
Sayang, abnag datang nak jumpa sayanglah. Kan kita dah nak bertunang. And then kahwin. Sayang patut hormat abang tau!"balas Zahirul dengan senyuman.

"
Sebenarnye, apa motif kau nak kawin dengan aku hah?! Dahlah, kau boleh blah sekarang. Dengan segala hormatnya dipersilakan!"tengking Shazani. Dia bengang dengan lelaki dihadapannya. Dia bangun untuk segera beredar masuk kerumah. Ketika dia hendak memakai selipar, Zahirul memaut pergelangan lengannya dengan kasar. Dia menjerit kecil

"
Kau nak tau apu motif aku nak kawin dengan kau? Aku kawin dengan kau hanya untuk menutup rahsia serta memuaskan nafsu aku. Kalau kau mengadu dekat mak ngan ayah kau pun, diorang tak akan percaya kata-kata kau tau tak perempuan?!"tengking Zahirul kembali. Selepas itu , dia bangun dan segera menuju ke keretanya. Enjin kereta kedengaran dan kereta itu terus larut didalam kegelapan malam.

Shazani hanya boleh menangis mengenangkan nasibnya,

'
Maknanya, kalau aku kahwin dengan dia, aku hanya akan jadi gadis pemuas nafsu dia? Ya Allah, begitu beratnya dugaanmu terhadap hambamu ini.'rintih hati Shazani.

Dia segera bangun dan mengelap air mata. Dia kemudian terus melarikan diri masuk ke rumah dan terus meluru kebilik.Dia menangis semahu-mahnya didalam biliknya.

                                                        ***********************
Shazani bangun. Tekaknya berasa loya yang amat. Dia terus berlari kebilik air. Dia memuntahkan semua isi didalam perutnya. Namun, dia masih berasa mual.

'
Kenapa dengan aku ni?'soal hatinya.


Hari ini dia akan balik ke rumah sewanya. Dia sudah siap mengemas malam tadi. Sudah diberitahu pada ibunya yang dia akan pulang hari ini.

Dia terus mandi dan seterusnya mengambil sarapan yang disediakan ibunya.
"
Nani kenapa tadi muntah?"tanya ibunya. Risau.
"
Tak ade ape-ape. Nani okay je. Masuk angin kot. Sebab rindu masakan sarapan special ibu."balas Shazani dengan senyuman manis.
"
Hahha, pandai anak ibu buat lawak. Dah,dah, makan bagi perut tak masuk angin. Kan nak naik bas lama kan?"sahut ibunya.
"
Okay."jawab Shazani, ringkas.

                                                       ************************

"
Elok-elok ye,"kata ibunya sambil melambai ke arahnya yang berada di pintu bas.
"
Baiklah!"sahut Shazani.

6 Jam Kemudian...

"
Assalammualaikum! Mia, bukaklah pintu. Nani ni."
Pintu dibuka. Mia meluru kearahnya lalu memeluknya.
"
Nani, kawan kau, Jefri ada datang semalam masa kau dah balik kampung. Dia cakap dia nak jumpa kau. Tapi kau tak ade."Kata Miasarah.
'
Jefri datang?'desis hatinnya.
"
Kenapa dia datang?"soal Shazani.
"
Entah."jawab Miasarah.
"
Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau. Pasal ape yang jadi masa aku kat kampung."

                                                        **************************

"What?! So
bila majlis kahwin kau?!"tanya Miasarah. Dia terkejut dengan apa yang diceritakan rakannya. Zahirul mahu menutup kesilapannya dengan kahwin dengan kawin dengan kawan aku? Ape semua ni?!
"4
bulan lagi and then akad nikah. Mak bapak kitorang nak cepat sebab takut mengacau pelajaran kami."jelas Shazani. Dia tahu rakannya pasti akan memberi pandangan tentang perkahwinan ini.
"
Tak apelah, dah2, jom tidur. Dah larut malam ni."balas Miasarah.

                                                     ************************
4 Bulan Kemudian....

"
Aku terima nikahnya Shazani Hanani Binti Yuslam dengan mas kahwin RM80.80 tunai."

Shazani bagaikan tersentap mendengar ucapan itu terlafaz keluar dari mulut Zahirul Zaid yang sedang duduk berdepan dengan tok kadi.
'
Aku dah kahwin? Ya Allah, cepatnya masa..'

Bersambung di bab 10!

No comments:

Post a Comment