Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 10

Malam itu selepas majlis sanding mereka berlakon seperti dalam drama cinta. Zahirul dan Shazani beriringan masuk ke bilik yang dihias indah dengan bunga-bungaan dan cadar yang berwarna ungu seperti baju majlis sanding mereka.

"
Mulai hari ini dan hari-hari yang seterusnya, kau kena berlakon macam tadi. Faham?!"Zahirul mula berbicara.

"
Buat apa aku nak ikut cakap kau hah? Kau siapa? Suami aku? Mintak maaflah jantan! Aku tak ada nafsu tengok kau. Sebab kaulah anak ni dalam kandungan aku. Mujurlah baru 3 bulan. Kalau dah memboyot gila-gila? Tak ke susah! Ishh! Menyampah aku dengan kau!"tengking Shazani panjang lebar.

"
Haha! Akulah jantan yang dapat kau dulu! Yang merampas maruahh kau dulu sebelum perkahwinan ini dilangsungkan. So, kau patut tunduk kat aku. Faham?!"balas Zahirul.

"
Tunduk kat jantan tak guna macam kau? Walaupun kau suami aku, aku tak akan sesekali ikut arahan kau yang entah apa-apa!"ujar Shazani.

"Okay,
fine, kau nak tunjuk belang sangat ye? We'll see who will bow and who will stand up and be proud of themselves."ujar Zahirul dengan selamba dan terus baring di atas katil.

Shazani tergamam. 'Speaking pulak mamat ni..'desis hatinya. Dia mengambil bantal dan tidur atas lantai. Tidak rela dia untuk berkongsi aktil dengan lelaki yang telah mencabut maruah dirinya dan menyebabkna dia mengandungkan anak.

                                                                ****************

Esok paginya, mereka berpindah ke rumah yang telah dibeli khas untuk mereka oleh ayah Zahirul sempena hadiah perkahwinan mereka. Hanya sebuah kondo yang sederhana mewah yang mampu dibeli.
'
Cantik juga kondo ni..'puji Shazani dalam hati.

"
Nani sayang, awak suka ke rumah ni? Dalam rumah nilah nanti kia akan timang anak sulung kita dan yang lain-lain. Awak suka atau tak?"ujar Zahirul. lembut dan teratur. Zahirul berazam mahu menarik hati Shazani. Dia harus berlembut dengannya.

"
Cantik tu memanglah cantik. Tapi ada dua benda saja yang nampak tidak cantik dalam rumah ni"balas Shazani dengan senyuman.

"Ape
benda tuh sayang?"tanya Zahirul.

"
Engkau dan anak dalam perut aku yang sedang aku kandungkan ni!"balas Shazani sambil menunding jari ke arah zahirul kemudian ke arah perutnya yang sedikit boyot.

"Ala 
sayang, benda tu semua boleh di ubah. Bagilah abang peluang."balas Zahirul dengan nada seolah-olah merayu.

"
Tak, tak akan! Semua ni tak akan diubah! Tak akan! Kau faham tak?"tengking Shazani sambil berlalu ke bilik tidur utama lalu terus mengunci pintu.

'
Macam manalah aku nak ambil hati dia kalau dia anggap aku mcam ni?'ujar hati Zahirul yang runsing dengan keadaan.

                                                                     ******************

Bersambung di bab 11
 Writer's Note: Sorry sangat2! Sebab lama dah Sarah tak update! Busy lately. Maklumlah baru masuk ke alam sekolah menengah, mohon maaf ye.

No comments:

Post a Comment