Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 8

Apabila Shazani tersedar, dia diikat di atas sebuah katil didalam sebuah bilik. Dia cuba untuk melepaskn diri dan meminta tolong. Namun, nasib tidak menyebelahinya.

"
Sayang, ape bising-bising ni. Syuhh. Diam, abangkan ada."kata seorang lelaki yang melangkah masuk kedalam biliik tersebut.

'
Aku kenal suara tu. Ya Allah, selamatkanlah aku.'rintih hatinya meminta pertolongan dari Allah.

"
Zahirul? Kau ke? Tolonglah, aku mintak sangat kau lepaskan aku."pinta Shazani.

"
Alolo, sayang kenal abang rupanya. Ni lah akibatnya kalau hina abang depan orang ramai."kata Zahirul seraya tertawa dengan riang.

"
Tolonglah lepaskan aku. Janganlah apa-apakan aku Zahirul!"rayu Shazani. Air mata mengalir dipipinya laju. Ketakutan menyelubungi dirinya. Takut di apa-apakan oleh lelaki yang duduk di hujung katil itu.

"
Aku kata diam, diamlah! Susah sangat ke?"jerkah Zahirul sambil pantas menanggalkan bajunya dan melonggakan tali pinggangnya. Selepas itu, dia menuju ke Shazani lalu mengikat mulutnya dengan sehelai kain.

"
Sekarang, aku ajar kau macam mane cara nak hormat lelaki yang bernama Zahirul Zaid!"

                                                                 *****************

Setelah lama tidak menyedarkan diri selepas dia dirogol Zahirul Zaid, dia tersedar dihadapan pintu rumah sewanya. Hanya ada selimut yang menutup tubuhnya. Dia mengetuk pintu sekuat mungkin sambil memanggil nama Mia.
"Mia,
bukak pintu. Aq ni, Nani !"pinta Shazani diluar. Di dalam hatinya, dia ingin cepat masuk kedalam kerana tidak mahu jirang lain nampak dirinya yang hanya dilindungi selimut. Dia bersandar di pintu. Satu badannya terasa lesu yang amat. Tiba-tiba pintu itu dibuka dengan laju, menyebabkan dia jatuh terlentang ke lantai.

"
Ya Allah, Nani! Apa dah jadi ni?!"tanya Mia sambil memapah kawannya masuk kedalam rumah.
"
Zahirul, Mia. Zahirul."balas Shazani bersama esakan tangisan air mata.
"
Apa dia buat Nani? Cerita kat aku Nani!"pinta rakannya memintanya menjelaskan apa yang berlaku. Mata rakannya kelihatan berair. Shazani menceritakan apa yang sudah terjadi pada dirinya.
"
Macam tulah ceritanya Mia. Esok aku nekad aku nak balik kampung untuk menenangkan perasaan. Aku akan pastikan aku memberitahu ibu aku."nekad Shazani sambil memberitahu kawannya pelan untuk memerangkap Zahirul Zaid, lelaki yang telah merogolnya.

                                                                ******************

Shazani kini sudah sampai ke stesen bas Simpang Empat. Dia menunggu teksi. Dia langsung tidak memberitahu kepada ibunya yang dia akan pulang ke kampung hari ini. Sedang dia mengingat kembali kejadian yang telah berlaku semalam, kedengaran bunyi hon daripada teksi yang berada di hadapannya. Dia segera masuk ke dalam teksi itu.

"
Cik nak pi mana?"tanya pak cik itu. Pelat Perlisnya.
"
Cik nak pi kampung Tambung Tulang. Rumah nombor 32. Pak cik tau dak tempat tu kat mana? Kalau tak tau cik boleh tunjukkan."balas Shazani.
"Tau,
tau."jawab pak cik itu sambil mengukir senyuman pada Shazani yang duduk di tempat duduk belakang.

                                                               *****************

30
minit perjalanan langsung tidak memenatkan bagi Shazani. Apabila sampai di halaman rumah ibunya, dia terkejut kerana kereta Zahirul tersidai disitu. Dia melangkah laju menuju ke pangkin rumah.
'
Arh, tak mungkin mamat tu ada.'bisik hati kecil Shazani.
Tetapi, hatinya salah sama sekali. Zahirul ada di dalam rumah bersama ibu bapanya dan sedang duduk di hadapan ibu dan ayahnya seperti sedang berbincang seusatu yang amat-amat serius. Ibunya menoleh ke pintu rumah. Dia terkejut. Shazani balik?
"
Nani? Bukan ke Nani sepatutnya dikolej? Kenapa Nani balik?"tanya ibunya kehairanan. Ibunya meluru kearahnya lalu memeluk dan menciumnya. Dia dapat melihat Zahirul sedang memandangnnya dengan tajam sekali. Hatinya tidak keruan. Buat apa mereka itu disini? Ada urusan apa mereka?
"
Nani, Mak Cik Maimunah dengan suaminya serta Zahirul datang untuk merisik kamu. Kami sudah setuju. Lagipun, kamu berdua kan sama kolej. Kalau dah kahwin, senang dia nak tengokkan kamu dimana sahaja. Kamu setuju tak?"tanay ibunya. Dia dapat melihat kenyakinan yang sangat besar di mata ibunya. Dia tidak sanggup untuk memalukan ibu dan ayahnya.

"
Baiklah. Nani..... Se.. Setuju,"jawab Shazani. Gugup.
"Alhamdulillah.
syukur. Majlis bertunang kamu nanti bulan 2. Sekarang bulan 11 kan? Tak sabar ibu nak lihat kamu bersatu!"Shzani terdiam. Ibunya gembira bukan main kepalang lagi. Dia tersenyum paksa. Dia dapat melihat Zahirul dibelakang tersenyum seolah-olah menyindir dirinya yang telah menerima risikannya.

"
Kalau macam tu. kami mintak diri dulu ye. Nak buat preparation kata orang putih."sahut ibu Zahirul.

Tiada sesiapa yang tahu betapa berdarah hatinya ketika itu. Hatinya memberontak keras. Tapi kerna ibunya. Dia membiarkan hatinya memberontak di dalam dan bukan diluar.


Bersambung di bab 9..

P/S: Thanks for reading.
Bab 8 ni memang panjang sangat2 kan? Terima kasih kerana meluangkan masa. =]

No comments:

Post a Comment