Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 12

Sesampainya Zahirul di kolej, dia terus meletakkan keretanya di tempat letak kereta dan bergegas ke kelas kuliahnya. Dia yakin, Shazani pasti bersama rakan baiknya, Miasarah.

'
Aku mesti pikat hati Shazani secepat mungkin sebelum dia melahirkan anak tu. Kalau tak, teruk nanti dia dera budak tu.' desis hatinya.

Ketika dalam perjalanan ke kantin, dia terserempak dengan Shazani dengan Miasarah. Shazani yang perasan dengan kehadirannya hanya mendiamkan diri dan terus berlalu pergi dengan cepat. Miasarah pula tergamam dan terus mengejar Shazani.

'
Sabar Zahirul, jangan melenting sekarang. Sabar, demi anak tu.' desis hatinya, dalam hati, Tuhan saja yang tau betapa marahnye dia.

"Wei
Nani, kau dengan Zahirul kan dah kahwin? Kenapa kau layan dia macam sampah je? Baik-baiklah dengan dia." ujar Mia.

"
Alahai kau. Macamlah kau tak tau yang dia tu perogol aku dan penyebab aku mengandung. Kau nak aku layan dia baik-baik? Eee! Dalam mimpilah!"balas Shazani.

"Hah?!
Mengandung? Asal kau tak bagi tau aku? Brape bulan dah? Doktor ramal bila kau nak lahirkan baby ni?" tanya Mia bagaikan Machine Gun yang sedang menembak.

"
Doktor ramal 1 Disember." balas Shazani pendek.

"What?!
Sehari selepas konvo! Fuyoo. Tak sangka. Harap-haraplah lepas konvo." ujar Mia yang masih terkejut.

"
Erghh, dahlah, jom masuk bilik kuliah." balas Shazani sambil menarik tangan Mia. Dia mahu terserempak dengan Zahirul lagi sekali.

***********************************************************************************

Selepas habis kuliah, Shazani cepat-cepat keluar daripada dewan kuliah. Zahirul yang sedar Shazani mahu menegelak dari dirinya segera mengejar. Sebelum sempat keluar dari pintu kolej, tangan Shazani di genggam erat oleh Zahirul.

"
Hei! Apa ni?! Lepaslah! Sakit!" jerkah Shazani.

"
Sayang baliklah dengan abang, please. Tolonglah. Nanti kalau ada apa-apa jadi kat ayang, abang juga yang susah."ujar Zahirul yang tidak sempat mengambil nafas.

"Hmm.."
Shazani teragak-agak untuk memberi keputusan.

"Please!
Sayangkan mengandung. Ayang tak boleh terlalu penat. Nanti mudarat. Ikut balik dengan abang sekalilah ye?" pujuk Zahirul.

"Hmm...
Yelah. Aku ikut kau."Shazani memberi kata putus. Terbit rasa kasihan pula apabila melihat Zahirul mengejarnya semata-mata mahu dirinya balik bersama dengan dia.

Gembira bukan main kepalang lagi Zahirul mendengar keputusan Shazani. Dia terus memegang erat tangan Shazani dan melangkah ke keretanya. Dia membuka pintu untuk Shazani. Lalu dia pun masuk dan terus memandu ke rumah.

Sesampainya di rumah.....

"
Fuhh, penat gile." ujar Shazani sambil duduk di atas sofa.
 
 
"
Ayang tak payah masak ye? Kita makan kat luar je malam nanti. Lagi 30 minit nak masuk waktu Maghrib. Kita solat jemaah ye yang?" balas Zahirul.

"Okay.
Dahlah, aku nak mandi. Panaslah." balas Shazani dan terus masuk ke bilik tidur untuk mandi dan bersiap.

'
Sikit lagi Zahirul. Dia dah mula redakan kemarahan dia dah.' desis hati Zahirul. Senyuman mekar terukir diwajahnya menambahkan kekacakannya.

***********************************************************************************

Bersambung di Bab 13. 

No comments:

Post a Comment