Saturday 23 June 2012

Cinta Hatiku : Bab 7

Shazani terdengar azan berkumandang . Lantas bangun lalu menuju kebilik Miasarah untuk mengejutkan rakannya dari tidur dan untuk solat berjemaah. Selepas mengejutkan rakannya, dia menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Mereka solat subuh berjemaah  hampir setiap hari. Usai solat subuh, dia dan Mia akan bersiap untuk ke koej. Setelah sampai dikolej, mereka akan bersarapan pagi di kantin kolej mereka.. Sedang dia bersarapan dan berbual-bual dengan Mia dimeja makan, dia disapa seseorang.

"
Hai Shazani."sapa Zahirul Zaid

'
Alamak, mamat ni lagi. Ape aku nak buat ni?'tanya hatinya bercelaru.

Zahirul mengambil tempat disebelah Shazani. Shazani tidak senang dengan perlakuannya.

"
Kau dah tak ade tempat lain ke nak duduk hah?! Gatal sangat punggung tu nak duduk sebelah aku. Jom Mia, kita ke bilik kuliah. Lagipun class lagi 10 minit nak start,"seloroh Shazani sambil menarik tangan Mia untuk pergi ke dewan kuliah. Zahirul seperti digam punggungnya di kerusi tadi. Shazani terkekek - kekek ketawakan Zahirul.

'
Tak apa kau Shazani! Ada ubi ada batas, ada hari aku balas.'marah hatinya. Api kemarahannya membuak-buak apabila diperlakukan begitu. Masakan lelaki sekacak dirinya tidak dipeduli.

                                                                 *********************

Kelas kuliahnya sudahpun habis. Mia sudah balik rumah awal kerana hari ini  gilirannya untuk memasak. Shazani menaiki teksi untuk ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja kerana pencariannya tempoh hari terbantut disebabkan dia berjumpa dengan kawan lamanya, Jefri. dia diberhentikan sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dia berjalan mengikut alamat dalam keratan akhbar Harian Metro tempoh hari. Dia hanya mahukan kerja part-time. Apabila dia melangkah ke dalam pejabat itu, dia dapat melihat terdapat ramai pekerja sedang sibuk lalu lalang di lobi pejabat itu. Dia berjalan ke receptionist dan bertanyakan tentang kerja. Shazani diarahkan untuk tunggu di sofa yang disediakan sementara menunggu giliran. Pabila giilirannya tiba, dia terus melangkah kedalam pejabat.
"
Assalammualaikum tuan."sapa Shazani sambil melangkah masuk ke pejabat itu.
"
Waalaikum ..... Shazani ? Apa awak buat dekat sini?"Jefri terkejut dengan kehadirannya dipejabatnya tengahari itu.
"
Jefri? Keciknya dunia.. Tapi apa-apapun, saya datang ni untuk minta kerja part-time yang ada dalam paper ni."jelas Shazani.
"Oh,
kalau macam tu, awak diterima. Saya malas nak tunggu ayng lain. Awak boleh mula esok. Time yg awak boleh masuk ialah pukul 2 petang. boleh?"jelas Jefri.
"
Boleh."balas Shazani.
'Alhamdulillah...
Dpat dah kerja."desis hatinya.
"
Kalau macam tu, saya nak balik rumah dulu. Assalammualaikum"ujar Shazani lagi.
"
Waalaikummussalam."balas Jefri bersama senyuman manis.


                                                                      ****************

Setelah mendapat kepastian bahawa dia akan bekerja disitu, dia turun kebawah. dia duduk di stesen menunggu bas dan teksi dibawah pejabat Jefri itu. Tempat menunggu bas itu sunyi dan tidak ramai orang. Tiba-tiba sebuah van berhenti dihadapannya. Dua orang lelaki bertubuh sasa keluar dari perut van itu dan menangkap Shazani. Seorang menekup mulutnya dengan kain yang mempunyai bau yang menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri. Mereka mengangkat dia masuk kedalam van itu.

                                                                       ***************

Bersambung di Bab 8

No comments:

Post a Comment